Rangka Kerja Pengantaraan Berasaskan Nilai
untuk Takaful (VBIT)
Mengenai VBIT
Rangka Kerja VBIT
Pelan Hala Tuju VBIT
Tujuan rangka kerja ini adalah untuk menggalakkan pemain industri mencapai pertumbuhan secara lestari dan bermakna bagi semua pihak berkepentingan. Dalam usaha mewujudkan impak sosioekonomi yang positif, Pengendali Takaful beraspirasi untuk memainkan peranan penting dalam mencapai kemakmuran dan Maqasid Syariah.
Rangka kerja VBIT merupakan panduan bagi Pengendali Takaful dalam melaksanakan Pengantaraan Berasaskan Nilai untuk Takaful (VBIT) dengan menetapkan tatacara dan amalan terbaik dalam industri. Rangka kerja ini komprehensif dan relevan untuk Pengendali Takaful Keluarga, Takaful Am dan ReTakaful.
Pemahaman yang jelas tentang bagaimana Pengendali Takaful boleh mengguna pakai VBIT akan memacu industri ke tahap selanjutnya.
Tujahan asas yang jelas telah dibangunkan untuk membimbing Pengendali Takaful di Malaysia mengguna pakai VBIT untuk mencipta nilai positif dan impak yang lestari demi pihak berkepentingan yang berkaitan. Tujahan bersepadu ini berfungsi sebagai kompas kepada Pengendali Takaful dalam menempuh perjalanan pelaksanaan VBIT.
Daya Tahan Kewangan
Tata Kelola Diri Yang Baik
Memperkasa Komuniti
Tatacara Terbaik
Pelaksanaan VBIT bermula dengan Hasrat Nilai Korporat (CVI) dengan menyampaikan cadangan Syariah melalui aktiviti perniagaan Takaful - operasi, amalan, tatacara dan tawaran.
CVI bukan hanya sebuah slogan syarikat. Ia melambangkan azam Pengendali Takaful untuk mencapai masa hadapan yang diingini - matlamat seimbang dalam penciptaan nilai untuk semua pihak berkepentingan.
Pelaksanaan VBIT oleh Pengendali Takaful boleh dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada strategi pelaksanaan utama yang telah dikenal pasti. Cara institusi menyampaikan CVI dan melaksanakan strategi berdasarkan nilai-nilai hendaklah berdasarkan empat (4) bidang fokus yang berkaitan antara satu sama lain.
Penglibatan Pihak Berkepentingan yang Inklusif
Penilaian Berdasarkan Impak
Kerjasama Konstruktif
Penyelesaian Berasaskan Nilai
Penilaian menyeluruh yang menilai progres dan keberkesanan inisiatif VBIT yang dilaksanakan oleh Pengendali Takaful. Menggunakan indikator kewangan dan bukan kewangan di bawah empat tujahan asas VBIT.
Ia penting kerana:
Akauntabiliti Pengendali Takaful terhadap komitmen VBIT dan dalam menyampaikan nilai kelestarian dapat ditunjukkan dengan meningkatkan. Ia mencerminkan progres dan keberkesanan inisiatif VBIT dalam mempertimbangkan maklumat berfokuskan impak. Antara yang termasuk dalam penzahiran adalah konsistensi, reliabiliti, perbandingan dan pengertian bagi setiap inisiatif VBIT.
- Menerima tawaran Takaful yang lebih berkualiti.
- Ketelusan yang lebih saksama dan baik untuk membina keyakinan kukuh terhadap Pengendali Takaful.
- Peningkatan kesedaran dan mengelakkan hasil negatif.
- Fokus perniagaan yang lebih selari dengan agenda kebangsaan.
- Integrasi secara meluas dan kerjasama yang berkesan.
- Memperkukuh kestabilan kewangan.
- Meningkatkan keberkesanan operasi
- Membuka peluang perniagaan dalam pasaran yang kurang mendapat perhatian dan kurang diberi perkhidmatan.
- Meningkatkan penembusan di segmen sasaran baru.
- Meningkatkan daya saing antara Pengendali Takaful.
- Ekosistem Takaful yang berkesan.
- Meningkatkan imej korporat di pasaran tempatan dan global.
Rangka kerja VBIT berfungsi sebagai panduan dalam melaksanakan VBI dengan merangkumi cita-cita kelestarian melalui agenda berasaskan nilai. Rangka kerja ini komprehensif dan relevan untuk Pengendali Takaful Keluarga, Takaful Am dan Retakaful.
Apakah tujuan VBIT? VBIT mencerminkan aspirasi industri untuk meningkatkan Takaful ke tahap selanjutnya melalui transformasi industri ke arah pertumbuhan mampan dan memberikan nilai penuh impak dan dapat diukur kepada pelanggan dan pihak berkepentingan. Tujuannya adalah untuk memberikan impak sosial-ekonomi yang positif di samping mendukung objektif Syariah dan mengekalkan pulangan kewangan positif kepada pihak berkepentingan yang berkaitan.
Untuk makluman, semasa pembangunan rangka kerja VBIT, pelaksanaan inisiatif VBIT dijangka akan berlaku secara berperingkat. Apabila industri berkembang seiring dengan penerimaan prinsip VBIT, adalah diharapkan perbincangan mengenai ideologi VBIT boleh menggalakkan pihak berkepentingan untuk menerima agenda dipacu nilai ini dan mengubah pemikiran mereka agar mempertimbangkan cadangan yang lebih bermakna untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.
Perbincangan mengenai VBIT dijangka akan merangsang kreativiti Pengendali Takaful dan mendorong inovasi dalam memberikan impak positif dan bermakna kepada pihak berkepentingan mereka. Secara asas, ini akan menghasilkan tawaran yang lebih baik daripada Pengendali Takaful untuk segmen pasaran yang berbeza di seluruh negara, dengan integrasi yang lebih meluas dan kerjasama yang efektif antara pihak berkepentingan yang berbeza dalam peralihan menuju masa hadapan kewangan yang mampan untuk semua.
VBIT adalah lanjutan kepada VBI, di mana VBI lebih memberi tumpuan kepada penggunaan prinsip-prinsip VBI oleh perbankan Islam di Malaysia. Rangka kerja VBIT menyediakan panduan khusus untuk pengamal Takaful mengenai kesedaran dan proses untuk mengubah industri Takaful menjadi sebuah perjalanan yang bermakna dan bertujuan untuk mencapai objektif utama Syariah. Ini juga merupakan rangka kerja pertama yang dengan jelas menyebut Maqasid Syariah dan agenda kelestarian dalam landskap Takaful global.
Pengguna boleh mengharapkan bahawa Pengendali Takaful secara beransur-ansur menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih disesuaikan dan inklusif di samping memberikan lebih makna dan nilai kepada mereka. Ia akan lebih terperinci dengan ciri yang berbeza dan lebih unik kepada komuniti dan segmen tertentu.
Memandangkan pelaksanaan ideal VBIT memberi peluang kepada industri untuk berfokus kepada cadangan nilai unik - patuh Syariah, berkongsi manfaat bersama dan telus; faktor kejayaan utama sangat bergantung kepada usaha dan komitmen berterusan dari semua pihak berkepentingan yang berkaitan - masyarakat, industri dan pengawal selia menempuh perjalanan yang akan merungkai potensi penuh industri Takaful.
Pelaksanaan VBIT melibatkan: