Rangka Kerja Insurans Hayat & Takaful Keluarga.
Rangka kerja Insurans Hayat & Takaful Keluarga menggariskan inisiatif yang akan mengubah landskap Insurans & Takaful Malaysia pada beberapa tahun akan datang. Ramai merujuknya sebagai "Rangka kerja LIFE" berikutan namanya yang panjang.
Latar Belakang Rangka kerja Insurans Hayat & Takaful Keluarga
Insurans hayat dan Takaful keluarga adalah produk kewangan yang direka untuk memberikan perlindungan dan kestabilan kewangan kepada individu dan keluarga mereka sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka seperti kecacatan, penyakit atau kematian. Insurans hayat adalah sebuah kontrak antara individu dan syarikat insurans, di mana syarikat insurans menjamin untuk membayar sejumlah wang kepada penerima manfaat pemegang polisi apabila berlaku kematian.
APAKAH RANGKA KERJA INSURANS HAYAT & TAKAFUL KELUARGA?
Rangka kerja Insurans Hayat & Takaful Keluarga menggariskan inisiatif yang akan mengubah landskap Insurans & Takaful Malaysia pada beberapa tahun akan datang. Ramai merujuknya sebagai "Rangka kerja LIFE" berikutan namanya yang panjang.
Rangka kerja LIFE bertujuan untuk:
- Menggalakkan inovasi dan pasaran yang lebih kompetitif
- Mempromosi tahap profesionalisme yang lebih tinggi
- Meningkatkan ketelusan produk dan perkhidmatan takaful
APAKAH MAKNANYA KEPADA ANDA SEBAGAI PENGGUNA
Rangka kerja LIFE, berfokus kepada anda, pengguna. Melalui inisiatif ini, anda tidak lagi bingung dengan istilah yang rumit, mempunyai akses yang lebih terbuka dan meluas untuk produk-produk dan nasihat berkaitan takaful, disamping menantikan produk-produk kreatif yang dapat memenuhi keperluan unik anda!
BAGAIMANA IANYA BERFUNGSI?
Rangka kerja ini terdiri daripada 3 tonggak utama:
- Tonggak 1: Penghapusan had kos operasi
- Tonggak 2: Pelbagai saluran pengagihan
- Tonggak 3: Memperkukuhkan amalan pasaran
Inisiatif-inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat supaya peralihan ke masa hadapan yang lebih baik berjalan secara teratur dan lancar.
Klik di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif khusus yang menyokong rangka kerja LIFE:
Inisiatif-inisiatif lain akan menyusul.