Laporan Tahunan
"Dalam kita mengenang masa lalu, kami berasa bangga dan berbesar hati mempersembahkan laporan tahunan tahun ini kepada anda. Kami bangga dengan pencapaian ini, dan berazam untuk meneruskan pertumbuhan dan kejayaan kami pada tahun-tahun yang akan datang. Kami menjemput anda untuk melihat lebih dekat kemajuan kami dan bersama-sama meraikan pencapaian kami."
Laporan Tahunan 2023
Industri Takaful tempatan terus menunjukkan peningkatan dan trend yang lebih aktif dalam mempromosi perlindungan Takaful kepada rakyat Malaysia. Dalam tempoh 36 tahun, industri Takaful menghadapi pelbagai cabaran, namun ia terus mengorak langkah seiring aspirasi negara, agar perlindungan Takaful mampu dimiliki oleh semua. Sebagai bukti, industri Takaful telah berusaha tanpa henti untuk melaksanakan rangka kerja Insurans Hayat dan Takaful Keluarga (LIFE) dan Liberalisasi Berperingkat Tarif Kenderaan Bermotor dan Kebakaran. Industri ini terus inovatif dan telus dalam setiap produk dan perkhidmatan Takafulnya.