Penasihat Kewangan di Malaysia
Pengantara profesional seperti Penasihat Kewangan ("FA") dan Penasihat Kewangan Islam ("IFA") diperkenalkan untuk membolehkan pengguna mendapatkan nasihat profesional mengenai pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan.
Latar Belakang Mengenai Penasihat Kewangan
Pengantara profesional seperti Penasihat Kewangan ("FA") dan Penasihat Kewangan Islam ("IFA") diperkenalkan untuk membolehkan pengguna mendapatkan nasihat profesional mengenai pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan.
FA dan IFA tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 ("FSA") dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ("IFSA"), yang mengawal selia syarikat dan individu yang memberikan nasihat mengenai produk Insurans dan Takaful kepada pengguna.
FA/IFA adalah wakil yang diluluskan oleh BNM dengan kelayakan profesional minimum dan tahap kompetensi yang sesuai untuk memastikan pengguna mendapat nasihat berkualiti.
FA/IFA berlesen akan mengumpul maklumat dan membuat perbandingan produk takaful keluarga yang tersedia. Dengan itu, anda tidak perlu membuang masa melakukan penyelidikan dan boleh menghabiskan lebih banyak masa untuk membuat pertimbangan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawat laman web Persatuan Penasihat Kewangan. Anda juga boleh mendapatkan senarai FA/IFA yang berlesen daripada laman web BNM; di mana senarai tersebut dikemas kini secara berkala.
Perbandingan antara FA/IFA dan Ejen Takaful
FA/IFA
- Pihak bebas yang mewakili pengguna.
- Boleh mempromosi pelan takaful daripada beberapa Pengendali Takaful.
Ejen Takaful
- Mewakili satu Pengendali Takaful tertentu.
- Mempromosi secara eksklusif pelan takaful yang dikeluarkan oleh Pengendali Takaful yang berdaftar.
Ejen Takaful
Mencadangkan pelan takaful yang sesuai dengan keperluan anda mengikut tahap kemampuan kewangan masing-masing.