Panduan Perkhidmatan Takaful
Pengantara profesional seperti Penasihat Kewangan ("FA") dan Penasihat Kewangan Islam ("IFA") diperkenalkan untuk membolehkan pengguna mendapatkan nasihat profesional mengenai pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan.
Latar Belakang Panduan Perkhidmatan
Sebagai pembekal perkhidmatan takaful, kami komited untuk memberikan tahap perkhidmatan dan sokongan yang terbaik kepada pelanggan kami. Panduan ini direka untuk membantu anda memahami ciri-ciri utama produk dan perkhidmatan takaful kami, dan bagaimana kami dapat membantu melindungi masa hadapan kewangan anda dengan cara yang sesuai menurut kepercayaan Islam. Bermula dengan memahami prinsip takaful hinggalah mempelajari tentang jenis perlindungan yang ada, panduan ini adalah sumber rujukan komprehensif untuk semua perkara yang berkaitan dengan takaful.

Panduan ini memberikan maklumat mengenai perkhidmatan yang boleh anda harapkan daripada pengantara di beberapa peringkat berikut:
- Sebelum menyertai pelan takaful;
- Apabila memutuskan untuk menyertai pelan takaful; dan
- Semasa tempoh pelan takaful.
Panduan perkhidmatan ini boleh didapati di saluran-saluran agensi dan bancatakaful. Anda boleh mendapatkan salinan panduan perkhidmatan di laman web pengendali / portal pelanggan Takaful dan Ibu Pejabat dan cawangan Pengendali Takaful berkenaan.
Anda sepatutnya diberikan panduan perkhidmatan oleh pengantara sebelum menyertai pelan takaful sama ada dalam bentuk cetak atau salinan digital.
Anda juga boleh mendapatkan senarai FA / IFA berlesen dari laman web BNM; websitedi mana senarai tersebut dikemas kini secara berkala.
Anda boleh melihat atau memuat turun contoh Panduan Perkhidmatan tersebut dalam dua bahasa: