Saluran Pengagihan Langsung
Saluran pengagihan secara langsung membantu syarikat-syarikat takaful menjimatkan kos di samping memberikan kemudahan kepada pelanggan, namun ia memerlukan jumlah pelaburan yang signifikan dalam teknologi dan pemasaran untuk memastikan keberkesanannya.
Latar Belakang Saluran Pengagihan Langsung
Saluran pengagihan secara langsung merujuk kepada pengagihan produk takaful keluarga melalui mana-mana atau kedua-dua yang berikut:
- Ibu pejabat dan cawangan Pengendali Takaful; atau
- platform dalam talian,
di mana pengguna berurusan secara langsung dengan Pengendali Takaful tanpa sebarang penglibatan Pengantara takaful, seperti ejen, penasihat kewangan, atau rakan bancatakaful.
The Protection Gap Study1 yang dilaksanakan oleh Persatuan Takaful Malaysia dan rakan aktuari mendapati bahawa jurang perlindungan terbesar adalah untuk kumpulan umur yang lebih muda (iaitu umur 30 tahun ke bawah). Kajian lain menunjukkan bahawa kumpulan pengguna ini cenderung untuk menyertai program Takaful secara langsung, tanpa bantuan Pengantara. Pengenalan Saluran Pengagihan secara Langsung ini mewujudkan pelbagai saluran pengagihan Pengendali Takaful dan memperluas jangkauannya; menjadikan akses anda untuk mendapatkan perlindungan lebih senang dan mudah.
Sesuai dengan namanya, saluran pengagihan langsung membolehkan anda menyertai pelan takaful secara langsung tanpa menggunakan pengantara. Anda tidak perlu membayar komisen memandangkan tiada pengantara yang terlibat.
Saluran ini sesuai untuk orang yang lebih suka melakukan sendiri penyelidikan dalam talian, membuat perbandingan dan lebih selesa menguruskan sendiri.
Jika anda suka melakukan analisis sendiri, membuat pilihan sendiri dan menguruskan sijil sendiri, saluran ini adalah tepat untuk anda.
Langkah pertama adalah untuk mengenal pasti jumlah perlindungan yang anda perlukan dan menilai perbelanjaan bulanan takaful anda. Kami mengalu-alukan anda untuk menggunakan kalkulator Takaful kami di https://www.mycoverage.my/en-us/Calculator
Mulai 1 Julai 2017, anda boleh menyertai produk saluran langsung. Sesetengah pengendali Takaful mungkin mempunyai produk yang tersedia dalam talian manakala pengendali lain mempunyai produk yang tersedia di cawangan mereka.
Sebagai permulaan, pengendali Takaful menawarkan produk mengikut jangka masa tertentu di laman web atau cawangan mereka. Pilihan produk akan diperluaskan dari semasa ke semasa.
Klik di sini untuk bermula.
Sumber:1 The Story of Gap. Charting Takaful Growth in Malaysia, 2013, Actuarial Partners & Malaysian Takaful Association