Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan (AACC)
Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan diurus oleh para profesional terlatih dan berpengalaman bersedia untuk memberikan bantuan segera dan efektif kepada pelanggan yang memerlukan. Mereka bersedia 24/7 dan boleh dihubungi melalui panggilan telefon.
Jika Anda terlibat dalam kecelakaan kami di sini untuk membantu!
Accident Assist (Bantuan Kemalangan), merupakan khidmat awam yang diberikan oleh industri insurans dan takaful Malaysia kepada masyarakat yang memerlukan bantuan segera waktu di jalan raya akibat kemalangan jalan raya. Accident Assist juga akan menjawab pertanyaan-pertanyaan asas atau umum mengenai polisi/sijil motor. Ini adalah talian tele-khidmat yang diuruskan kakitangan khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam sehari.
Accident Assist bertujuan untuk meningkatkan proses keseluruhan apabila berlaku kemalangan jalan raya dengan memberikan bantuan segera kepada mangsa kemalangan dan panduan secara objektif mengenai cara-cara membuat tuntutan insurans/takaful kenderaan bermotor.
Accident Assist adalah HELPLINE untuk kecemasan di jalan raya yang tersedia 24 jam/7 hari seminggu yang merangkumi khidmat berikut. SELURUH NEGARA::
- Bantuan Kecemasan di Jalan Raya - Menghubungi ambulans, polis, bomba, atau baik pulih umum
- Bantuan Penundaan Kenderaan Bermotor (Bayar Sendiri)
- Bantuan untuk memeriksa perlindungan & menghubungi Syarikat Insurans Sendiri
- Pertanyaan umum tuntutan insurans kenderaan bermotor
- Pertanyaan prosedur kemalangan
- Pemberitahuan Aduan
- Pemberitahuan amalan penipuan
Accident Assist dikelola oleh syarikat Insurans dan Takaful. Ia dikendalikan oleh Telekom Malaysia .
