MTA memperkenalkan e-ID melalui pertandingan untuk menarik lebih banyak ejen Takaful agar meningkatkan profesionalisme agensi dan meningkatkan perjalanan transformasi digital industri.
Kuala Lumpur, 25 Ogos 2023 – Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan profesionalisme Ejen Takaful dan menyokong perjalanan transformasi digital industri ini dengan memperkenalkan e-ID. Dengan inisiatif ini, kad pengesahan pendaftaran untuk ejen-ejen Takaful tidak diperlukan dengan menyokong pengenalan digital untuk industri.
Untuk menggalakkan ejen-ejen Takaful mengguna pakai sistem e-ID, MTA menganjurkan Peraduan Kemas Kini & Menang, yang bermula pada 3 Mac 2023 dan berakhir pada 31 Mei 2023. Peraduan ini telah dianjurkan melalui platform media sosial MTA, di mana mereka dikehendaki mengemas kini butiran peribadi mereka dan memuat naik foto terkini ke pangkalan data Sistem Pendaftaran Agensi Takaful dalam Talian (OTARS). Encik Mohd Radzuan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif MTA, berkata objektif utama inisiatif ini adalah untuk menarik lebih ramai ejen-ejen Takaful agar menggunakan sistem e-ID, yang mana ianya meningkatkan profesionalisme ejen Takaful dan mempromosikan transformasi digital industri ini. Proses pengenalan digital dijangka dapat meningkatkan pengalaman dan interaksi pengguna sambil menyokong kempen Amaran Scam di peringkat Kebangsaan.Selain itu, Encik Mohd Radzuan Mohamed menekankan bahawa pelaksanaan pengenalan elektronik boleh memainkan peranan penting dalam mencegah penipuan, yang merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh industri Takaful. Aktiviti-aktiviti penipuan boleh menyebabkan kerugian kewangan dan merosakkan kepercayaan di kalangan pemegang-pemegang sijil. Dengan mengaplikasikan langkah-langkah pengenalan elektronik yang kukuh, pengendali Takaful dapat mengurangkan risiko penipuan identiti secara berkesan dan melindungi kepentingan pemegang-pemegang sijil perlindungan Takaful.
Selain itu, Encik Mohd Radzuan Mohamed menekankan bahawa pelaksanaan pengenalan elektronik boleh memainkan peranan penting dalam mencegah penipuan, yang merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh industri Takaful. Aktiviti-aktiviti penipuan boleh menyebabkan kerugian kewangan dan merosakkan kepercayaan di kalangan pemegang-pemegang sijil. Dengan mengaplikasikan langkah-langkah pengenalan elektronik yang kukuh, pengendali Takaful dapat mengurangkan risiko penipuan identiti secara berkesan dan melindungi kepentingan pemegang-pemegang sijil perlindungan Takaful.
MTA mengiktiraf kepentingan pengenalan elektronik dalam membentuk masa depan perkhidmatan Takaful. Sebagai sebuah organisasi yang berfikiran progresif, MTA komited untuk memanfaatkan teknologi terkini untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan mendorong perubahan positif dalam industri ini.
Pengenalan digital ke dalam proses pengendali Takaful juga bertujuan untuk menyediakan pengalaman yang lancar dan selamat kepada pelanggan, bermula dari pendaftaran hingga penyelesaian tuntutan. Sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan kempen ini, MTA telah memberikan Hadiah Utama, Apple Watch 8 Series kepada Mohd Syahmi Zulkifli, serta 15 pemenang lain dalam peraduan ini.