Kuching, 17 November 2024 – Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah terlibat dalam Karnival Celik Kewangan (KCK) Sarawak yang berlangsung dari 15 hingga 17 November 2024 di Vivacity Megamall, Kuching. Acara ini, anjuran Bank Negara Malaysia di bawah inisiatif Financial Education Network (FEN), bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang literasi kewangan, memperkasakan komuniti, dan memperluas kepentingan pengurusan kewangan.
Sebagai sebahagian daripada program, MTA juga menganjurkan Larian Takaful4All Fun Run 2024 pada 17 November. Dengan lebih 500 peserta menyertai larian sejauh 5KM di perkarangan Vivacity Megamall, acara ini menyebarkan kepentingan mengekalkan gaya hidup sihat sambil mempromosi tentang peranan Takaful. Ia telah di taja oleh Prudential BSN Takaful Berhad, di mana larian ini berjaya menggabungkan elemen kesihatan dengan kesedaran kewangan. Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSN Takaful, Encik Wan Saifulrizal Wan Ismail, berkata, “Larian Takaful4All Fun Run mencerminkan visi kami untuk menginspirasi rakyat Malaysia agar mengutamakan kesihatan mereka dan melindungi masa depan kewangan mereka melalui penyelesaian Takaful.”
Sepanjang tiga hari Karnival Celik Kewangan, MTA telah menarik ramai pengunjung untuk memperkenalkan pelbagai produk Takaful, termasuk produk mampu milik seperti Perlindungan Tenang. Pengunjung mendapat kesedaran tentang bagaimana Takaful dapat meningkatkan pengurusan kewangan mereka, dengan memberi nasihat praktikal yang menyesuaikan keperluan masyarakat.
Karnival ini berakhir pada 17 November dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Encik Adnan Zaylani Mohamad Zahid.Acara ini mencerminkan komitmen bersama pemain industri untuk meningkatkan literasi kewangan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, terutamanya komuniti setempat dan di seluruh negeri-negeri di Malaysia.
MTA turut menganjurkan sesi Pocket Talk yang memberi tumpuan kepada mendidik masyarakat tentang peranan Takaful dalam memastikan kestabilan kewangan. Sesi pertama pada 15 November bertajuk “Who Wants to Be a Millionaire – Kepentingan Perlindungan dalam Kehidupan” oleh Encik Syuhaib Ithnin, Ketua Skim Perlindungan mySalam, Great Eastern Takaful Berhad menekankan nilai perlindungan kewangan dan bagaimana Takaful membantu mewujudkan masa depan kewangan yang lebih selamat. Sesi kedua, “Sembang Santai Takaful: Rilek…Takaful Kan Ada”, berlangsung pada 17 November, di mana panelis berkongsi situasi kehidupan sebenar yang menunjukkan bagaimana Takaful menjadi penyelamat ketika menghadapi ketidaktentuan hidup.
Sepanjang di Sarawak, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh MTA dengan jayanya bersama komuniti setempat. Antara program yang telah dijalankan termasuk Takaful Masuk Kampung di Kampung Samariang Batu, sesi T’Talk bersama Ketua Pegawai Eksekutif MTA, pelancaran MTA+ Kenyalang Chapter, serta program Shape Your Future #FitFinances 3.0 yang berlangsung di Lundu, Sarawak. Usaha-usaha ini mencerminkan komitmen MTA dalam mendekati masyarakat dan memperkasa mereka melalui kesedaran serta manfaat Takaful.
Melalui penglibatan aktif dalam Karnival Celik Kewangan Sarawak, MTA menegaskan komitmennya menyebarkan kesedaran tentang literasi kewangan, mempromosikan Takaful sebagai alat perlindungan yang penting, dan memupuk budaya tanggungjawab pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia. MTA kekal teguh dalam misinya untuk merapatkan jurang literasi kewangan dan memperkasa komuniti untuk menerima Takaful demi masa depan yang lebih baik dan selamat.

